Monday, January 31, 2011

Masa berlalu dengan cepat sekali...^^

hari ni dah 31/1/2011...
dah sebulan berlalu dalam tahun 2011 ni...
dalam bulan 1 ni aku selalu gi sekola je...
tolong cikgu buat 1 malaysia...
selain tu...aku dapat lesen P motor...huhuhu...
tapi rasa macam lambat ambil lesen motor...
bulan 1 jugak le tour de langkawi lalu tampin...
dah lama tak lalu...tapi tahun ni lalu pula...
akhir bulan ni jugak asyik hujan je...
tanpa henti hujan turun...haiz...
nak berniaga pasar malam pun susah...
tapi hari ni baru je berhenti...
walaupun ada beberapa kawasan banjir...
esok dah bulan 2...tahun baru cina pun dah nak dekat...
harap kawan2 aku yang meraikannya gembira...
dan harap tak hujan pada waktu tu...hehehe...^^

Saturday, January 1, 2011

2010 telah pergi... 2011...menjelma....

Semalam hari terakhir untuk 2010
kini 2011 pula muncul sempena tahun baru...
dan ini juga menandakan aku tidak lagi
bersekolah di sekolah kesayanganku SMKTI...
haiz...sedihnya rasa hati meninggalkan rasa
belajar di sekolah...T.T
tetapi...aku harus terus menimba ilmu
di peringkat yang lebih tinggi lagi....

28/12/2010
pukul 8.00 pagi...Chang Yi Wen
hantar mesej kepadaku supaya datang
ke sekolah untuk membersihkan koperasi...
hari itu merupakan hari yang pertama aku melihat
Chang Yi Wen,Chan Qing Hong,Christopher dan
Ku Jin Yih setelah habis peperiksaan SPM
mereka tidak berubah langsung...sama saja...
yelakan...takkan lelaki nak jadi perempuan pula...
hehehe...^^''

29/12/2010
hari ini merupakan hari yang mana koperasi
mula menjual alat-alat persekolahan...
koperasi mula dibuka pada pukul 9.00 pagi
selain aku.ada juga yang menolong seperti...
Chang Yi Wen,Chan Qing Hong,Christopher,
Sugumaran,Anas,Lee Wan Sing dan juga Fu Khai Sin...
ramai keluarga pelajar yang datang untuk membeli...
seperti tidak sabar-sabar untu hantar anak mereka
ke sekolah...disebabkan ramai aku dan Chang Yi Wen
terpaksa menukar duit di kedai mini market depan sekolah...
bukan sekali tetapi dua kali...haiz...

30/12/2010
hari ini merupakan hari kedua koperasi beroperasi...
tetapi hari ini tidak ramai seperti semalam...
Fu Khai Sin pun tidak dapat membantu kerana
pergi ke Ipoh katanya...Anas pula terpaksa balik awal
kerana ada tetamu datng ke rumahnya kata Sugumaran...
walaubagaimanapun...Wong Wen Xian(WWX)datang untuk membantu
kami...walaupun pada awalnya datang hanya untuk mengganggu
tetapi yang peliknya...macam mana dia boleh kata
Chang Yi Wen(CYW) gf aku...takkanlah hanya aku dekat
dengan CYW dia kata gf...haiz...sebelum habis sekolah pun
macam tu...kalau aku dekat dengan seorang
pelajar perempuan je kata gf...pelikla...
walaupun hari ini tidak ramai yang membeli...
tetapi pasti akan jadi ramai pada pembukaan sekolah
yang akan datang...hal in telah menyebabkan cikgu
memintaku pergi ke sekolah dengan Ezyan untuk
menjual barang koperasi kerana pelajar telah
bermula belajar setelah habis perhimpunan...
setelah kemas koperasi...Chang Qing Hong
bercadang mendaki Bukit/Gunung Tampin(aku pun tak tau)
pada petang ini...dia dan Christoper menaiki motor
sehingga di kaki bukit manakala aku dan WWX berjalan kaki
dari rumahku...setelah tiba di kaki bukit kami berempat pun
mendaki...pada tiang ke 44 kami sampai di kolam...
Chang Qing Hong berasa letih sekali...dan kami berehat
dalam masa 15 minit...kemudian kami teruskan mendaki...
apabila tiba di puncak bukit iaitu tiang ke-100...
saya dan WWX tiba dulu kemudian barulah
Chang Qing Hong dan Christoper...
menurut Qing Hong...ini kali pertama dia sampai di puncak...
setelah berehat lebih kurang 20 minit di puncak...
kami pun turun...tiba di kaki bukit berehat lagi
sambil minum air sejuk yang segar...lega rasanya...
kemudian kami pun pulang ke rumah...

31/12/2010
hari ini merupakan hari terakhir tahun 2010
tidak ada yang istimewa untuk aku pada hari ini
pada waktu petang..aku bermain bola sepak
bersama rakan...pada waktu malam pula...
hanafi hantar mesej kepadaku bahawa ada
pertandingan futsal pada awal tahun baru ini...
dia mengajak aku memasuki pertandingan itu
dan aku pun setuju dengan pelawaannya...

1/1/2011
hari ini merupakan tahun baru...
hari ini juga ada pertandingan futsal
bukan di Tampin tapi di SK Keru
pada peringkat awal iaitu peringkat dalam
kumpulan...kami memenangi semua perlawanan tanpa kalah
kemudian pada peringkat semi final kami tewas 1-0
tetapi kami masih ada satu perlawanan lagi...
iaitu kedudukan ke-3 dan ke-4
malangnya nasib kami...kami hanya kalah dengan penalti
oleh sebab itu kami mendapat tempat keempat...sedihnya...
pada petang itu pula...aku pun bermain bola sepak
bersama rakan-rakanku di padang sekolah...
walaupun letih...aku tetap bermain juga kerana bola sepak
adalah hobiku...kemudian aku pulang ke rumah dan mandi...
kemudian makan...lepas tu 0n9....setelah ini nak off dah...
bye-bye...88...
nanti sambung lagi...hehehe...^^''...